Result Semester 1 2009/2010

Assalamualaikum w.b.t...
Pada 17 December 2009, semua pelajar UKM boleh menyemak keputusan peperiksaan akhir semester 1 2009/2010 melalui dua cara. Pertama adalah melalui laman web www.ukm.my/smpweb atau melalui cara kedua iaitu melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) dengan menaip:

UKMresultnomatrikno. ic dan hantar ke 39993

Pihak PKPIMUKM mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Semoga dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi pelajaran dan keputusan peperiksaan anda.

Bagi yang kurang bernasib baik, jadikan keputusan itu sebagai pemangkin kepada kecemerlangan anda pada masa akan datang. Melalui kegagalan kita akan mengenali kelemahan dan berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut. Jangan mudah putus asa kerana sifat itu dibenci Tuhan. Berusahalah semampu dirimu tapi jangan sekali-kali beraqidah bahawa usahamu adalah penentu kejayaanmu, tapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu semata-mata kerananya. Itulah penentu kejayaan.mu.

Selamat kembali ke universiti. Bersempena dengan Ma'al Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat bersamaan 1 Muharram 1431 (18 December 2009), marilah kita menanam azam yang baru yang lebih baik daripada tahun lepas. Mari berusaha bersama-sama ya!
Salam Ma'al Hijrah 1431

Wassalam

syarahan perdana Prof Naquib al Attas

pandangan sekolah satu aliran

pandangan ini telah dilontarkan oleh salah seorang pelajar UKM.

salam dan selamat pagi.. pada pendapat saya, sekolah satu aliran wajar untuk dilaksanakan. melalui pengalaman saya semasa di PLKN dahulu, saya dapati pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan lebih mudah berkomunikasi dengan kaum-kaum lain. berbanding pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan(vernikular), mereka sukar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan kaum lain. mereka juga bersifat etnosentrismn, dan tidak mahu bergaul secara rapat dengan kaum lain. PLKN pada dasarnya adalah satu program yang dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk semangat cintakan negara, tapi pada pendapat saya, program ini hanya berkesan pada jangka masa yang pendek sahaja , hal ini kerana setelah pelajar pulang ke kampung halaman masing2 mereka lupa akan pengisisan semasa di program tersebut. jika sekolah satu aliran diwujudkan, saya percaya hubungan antara kaum bukan sahaja dapat dieratkan bahkan pelajar2 bumiputera khasnya melayu, dapat bersaing secara sihat dalam pelajaran, dan secara tidak langsung dapat menaikkan taraf kualiti pembelajaran disekolah. bagi mengatasi masalah bahasa pula, pihak sekolah pula perlulah menyediakan kelas bagi pelajar non-bumi, untuk mempelajari bahasa ibunda mereka. sekolah satu aliran juga mampu memupuk sikap saling menghormati kerana setiap bangsa perlu berkongsi kemudahan yang sama seperti, belajar dalam kelas yang sama, makan dlm satu kantin yang sama, bermain di padang yang sama dan banyak lagi, dan ini mengambil masa yang panjang(5-10 tahun) berbanding PLKN hanyan mengambil masa 3 bulan.oleh itu, sifat bertolak ansur perlu wujud dalam diri setiap palajar agar kita semua boleh hidup dalam keadaan aman dan damai. sekian.

NM.
pelajar tahun 1
fakulti sains dan teknologi, UKM

PKPIM UKM menjadi pengacara

1. ABIM Bangi telah mempelawa PKPIM UKM untuk menjadi pengacara majlis untuk majlis penyampaian sijil bagi Taski ABIM Zainab dan Aisyah pada 30 Oktober 2009.

2. Dua orang pelajar perempuan UKM telah dipilih dan mengacarakan majlis pada 8 November 2009 pada jam 8pagi sehingga jam 11.30 tengah hari bertempat di Dewan MPOB, Bangi.

3. Pengerusi J/kuasa Majlis ini iaitu Dr. Haji Ahmad Parveez bin Ghulam Kadir, telah memperkenalkan kami sebagai pengacara majlis dari UKM. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan tersebut dalam majlis yang begitu bermakna bagi kami.

4. perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dr. Haslinda bt Abdullah iaitu ketua biro pendidikan ABIM Pusat.

5. adik2 taski telah membuat persembahan yang menarik iaitu
  • nasyid - 10 malaikat dan sifat 20
  • bercerita dalam bahasa inggeris - hungry and thirsty fox
  • nasyid - ibu dan ayah
  • bercerita - semut dan burung merpati
  • boria
6. sijil dan cenderahati kepada murid cemerlang juga telah disampaikan. tahniah kepada adik2 semua.

7. majlis diakhiri dengan selawat dan nasyid perpisahan dari kedua2 taski.

8. PKPIM UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada ABIM Bangi dan pihak Taski. Moga Allah merahmati kita semua.

Ketenangan jiwa


Semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan,
Kerana ia fitrah semulajadi manusia,
Dimana ketenangan dan dimana bahagia,
Pada harta, pangkat, dan kuasa,
Atau pada kecantikan wanita...

Kalau disitulah kebahagiaan,
Mengapakah jutawan berpenyakit jiwa,
Kenapa yang berpangkat mengharap dan beremosi sahaja,
Mangapa yang punya kuasa berbising sentiasa,
Mengapa gila wanita selalu kecewa...

Dimana ketenangan dimana kebahagiaan,
Manusia...
Sudah lama manusia mencari tiada jumpa,
Terumbang-ambinglah mereka,
Ditengah kemodenan,
Hidupnya canggih,
Tapi jiwanya tersisih sedih...

Manusia kehilangan kebahagiaan,
Walau sentiasa memburunya,
Yang disangka bahagia itu rupanya,
Mengecewakan...
Harta pangkat dan kuasa, jua wanita,
Semuanya menipunya,
Manusia kecewa dimana-mana,

Dimana ketenangan dimana kebahagiaan,
Manusia...
Ya ALLAH itulah Tuhan,
Sumber kebahagiaan,
Kenali dan cintailah Allah,
Kerana Allah menyintai kita,
Cintakan Allah tiada kecewa...

Beriman kepadanya dan sembahlah dia,
Ikuti syariatnya tawakkallah kepadanya,
Mintalah kepadanya,
Berbaik sangkalah kepadanya,
Itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara,
Nikmat bahagia pasti dirasa...

Dimana ketenangan dimana kebahagiaan,
Manusia...
Ya Allah itulah Tuhan,
Sumber kebahagiaan,
Kenali dan cintailah Allah,
Kerana Allah menyintai kita,
Cintakan Allah tiada kecewa...

Sajak buat Tuhanku...


Ya Allah..
Kadang-kadang ku rasa malu meminta-minta kepadaMu,
Kerna aku hamba yang banyak melakukan dosa,
Hamba kerdil yang degil,angkuh,
Hakikatnya lemah, namun....
Terkadang aku sebenarnya HANYUT,
Hanyut dek dunia yang penuh dengan cabaran dan kelazatan,
Lalu kau datangkan musibah, kau datangkan ujian,
Supaya aku kembali kepada fitrahku,
Hakikat seorang insan kerdil yang lemah tidak berdaya.

Ya Allah..
Terima kasih atas segala-galanya,
Aku malu untuk melafazkan kalimah Alhamdulillah,
Kerana kalimah itu satu perlambangan kupanjatkan rasa syukurku,
Namun...masih ku meminta-minta,
Menanti bilakah tibanya hajatku tertunai,
Tanapa aku sendiri mahu untuk berusha..

Maka Ya Allah...
Jadikanlah hari ini PERMULAAN kepada usahaku yang baru...

Sajak ini bukanlah mahu memutuskan pengharapan anda untuk meminta pertolongan Allah,
namun ianya adalah satu muhasabah untuk anda kembali merenung sejauh manakah usaha anda dalam berjihad,
Teruskan berdoa kerana doa itu juga usaha, di samping berusaha memperhebat penguasaan kita terhadap bidang yang kita ceburi.
Sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yang tidak henti meletakkan harapan kepadaNya.
InnAllah ha ma'ana...

Kepada mahsiswa dan mahasiswi yang sudi melawati blog ini,
Sukacita kami di pihak PKPIMUKM ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan,
Lakukan yang terbaik, dan jangan begitu cepat putus asa,
Kerna hakikatnya, kita masih punya masa,
Lalu rebutlah peluang yang ada.

Renung-renungkan dan selamat beramal

-Hidup biar berjasa-


Mencintai Allah


Kerana kecintaan kepada Allah itu boleh menyelamatkan orang yang mencintaiNya dari azabNya, semestinya seorang hamba tidak akan menggantikan cinta itu dengan sesuatu yang lain.
Al-Imam Ahmad berkata, "kami diberitahu Ismail bin Yunus, dari Al-Hasan r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Demi Allah, Allah tidak akan mengazab kekasihnya tetapi dia telah mengujinya di
dunia"

CARA MENCINTAI ALLAH
  • Cintailah Allah walaupun mendapat kebencian pelaku kederhakaan,
  • Dekatkanlah diri kepada Allah walaupun dengan kemarahan pelaku kederhakaan,
  • Carilah keredhaan Allah walaupun mendapat kemurkaan pelaku kederhakaan,
  • Bergaullah dengan orang yang perkataannya boleh menambah amal, yang pandangannya
    boleh mengingatkan kepada Allah dan yang ilmunya boleh membuatkanmu zuhud di dunia....
( wasiat Isa bin Maryam a.s )
  • Kenali Allah melalui asma'Nya, sifat-safatNya dan perbuatanNya.

Allah menghadapkan hati hambaNya kepada orang yang juga menghadap kepadaNya, sebagaimana dia memalingkan hatiNya dari orang yang berpaling dariNya.Sebab bukankah hati hamba-hamba itu ada di pegangan Allah, bukan ditangan mereka sendiri??

Sesungguhnya ketakutan boleh menjauhkan dirimu daripada kederhakaan, berharap boleh mengeluarkanmu kepada ketaatan dan cinta boleh mengheretmu kepada kerinduan kepadaNya.
"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah maka sesungguhnya waktu
yang dijanjikan Allah itu pasti datang"
( 29:5 )

Kerinduan mendorong orang yang jatuh cinta untuk segera mendapatkan keredhaan kekasihnya dan segera menghampirinya sekalipun harus meninggalkan perkara-perkara lain.
Al-Junaid berkata "Aku pernah mendengar Al-Sary berkata, 'Kerinduan itu merupakan keadaan orang arif bijaksana yang paling agung,apalagi jika disetai kerinduan sehingga dia tidak menyibukkan diri dengan sesuatu yang lain kecuali yang memupuk kerinduan' "


Sesuatu yang paling boleh mendekatkan diri kepada ALLAH ialah jika engkau merasa Dia mengetahui apa yang terpendam di dalam hatimu dan saat itu kami tidak menginginkan dunia dan akhirat kecuali DIA.....

( IBNU QAYYIM ALJAUZIAH-PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU )

sayangi bahasa kita

sayangi bahasa kita