Rasa BerTuhan

Kalau manusia mengenali Tuhannya,
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya,
Tak sempat mengingati perkara yang lain,
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku,
Dengan Tuhannya...

Jika manusia mengenali kehebatan,
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya,
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran,
Penglihatan dan pengetahuannya...

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia,
Nescaya manusia itu tawadhu' merendah diri,
Di bumi Tuhannya...

Jika manusia rasa berTuhan hidup dihatinya,
Matilah angan-angan,
Takut pun datang menerpa dihatinya,
Manusia akan sibuk dengan dirinya,
Tak sempat memikirkan diri orang lain,
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat...

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati,
Perasaan berTuhan mencengkam dihati,
Mengenang pula ni'mat,
Nikmat Tuhan yang banyak,
Bertambah perasaan cinta dan takut,
Cinta kerana ni'mat dan kasih sayangNya,
Takut kalau ni'mat ditarik semula,
Kalau terbuat dosa akan diazabnya...

Begitulah kalau seseorang hamba,
Mengenali Tuhannya,
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya,
Dunia dan ni'matNya tidak mempengaruhinya,
Sekalipun dunia ditangannya...

0 comments:

Post a Comment

sayangi bahasa kita

sayangi bahasa kita