Betul ke tajuk ni? atau silap tulis?
Ya,tajuk ini sudah betul.Saya menukarkan selamat hari raya kepada selamat menyambut hari kesyukuran.Cuba persoalkan kembali diri kita pada akhir Ramadhan nanti apakah kita benar-benar mendapatkan Ramadhan yang MAMBRUR?adakah ibadah puasa kita adalah sebenar-benarnya ibadah puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tapi perkara maksiat yang lain masih dilakukan.Kalau tidak buat pun,tapi diri sendiri masih tidak mampu hendak menjaga anggota lahir dan batin kita daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.Cuba kita fahami makna sebenar AIDILFITRI.AIDILFITRI ni secara mudah maksudnya adalah kembali kepada fitrah,dan apakah fitrah itu?
Fitrah itu adalah sifat semulajadi manusia yang menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Tuhannya,yang dalam keadaan suci bersih jiwa hatinya daripada segala kekotoran dosa yang berdaki didalam hati selama ini...
Memang betul Allah hadiahkan kepada kita 2 hari yg menggembirakan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha,tapi hadiah Hari Raya Aidilfitri itu hanya layak dipegang dan diraikan oleh mereka yg benar-benar dapat mengharungi segala bentuk cabaran dan dugaan sepanjang tempoh berpuasa, dan 'result' Ramadhan yang akan dapat adalah bercambahnya rasa taqwa dan cinta dalam diri seseorang hamba kepada Tuhannya.Adakah 'result' kita sebegitu?
Tepuk dada tanya IMAN.Jadi sedarlah diri sendiri ini pada tahap yang mana.Kita ini hanyalah menempel pada mereka yang layak beraya sahaja.Jadi raikanlah 1 Syawal ini dengan penuh kesyukuran terhadap segala ni'mat yang Allah masih bagi pada kita dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.Maafkan segala kekhilafan saya jika ada yang terasa dengan apa yang saya coretkan disini.Tiada niat lain melainkan untuk mentarbiyah rakan seperjuangn dan paling utama diri sendiri.Disini kami dari pihak PKPIMUKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesyukuran.
Selamat Menyambut Hari Kesyukuran...??!
Posted in
pengisian rohani,
pengumuman
Posted by
pkpimukm
on Thursday, September 17, 2009
at
12:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment