(Ar-ra'du:ayat 26)
Berbicara mengenai rezeki, ramai manusia dewasa ini, seakan tidak menyedari bahawa rezeki itu adalah ketetapan Allah..Sering kita merasa kecewa dengan sesuatu yang tidak dapat dicapai dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh, kita kerapkali rasa kecewa apabila sahaja mendapat keputusan peperiksaan yang rendah.Kita rasa sedih,lalu menitiskan air mata,dan tatkala itu juga, datangnya hasutan syaitan yang mengajar kita supaya berputus asa.Lalu ingin saya sedarkan kembali anda semua, dengan kalimah Allah yang telah lama tercatat dalam Al Quran yang menjadi sumber rujukan kita yang pertama.Allah lah yang selayaknya menentukan rezki bagi tiap-tiap hambaNya.Dan Dia Maha Adil.Lalu jangnlah kita rasa teraniaya andai mendapat keputusan yang rendah.Sebaliknya, haruslah kita mengintai kembali segala usaha yang kita telah lakukan untuk mendapat kieputusan yang lebih baik.Mungkin,usaha kita tidak mencukupi jika dibanding dengan usha rakan-rakan yang tidak cukup tidur diwaktu malam.Mungkin usaha kita hanya sekadar goyang kaki di bilik,lalu tidak mustahil,keputusan yang diperolehi sesuai dengan usaha kita.Atau mungkin, kejayaan yang diberi adalah satu bentuk ujian.Mungkin kalau memperolehi keputusan yang baik,kita akan riak dan lupa untuk bersyukur dengan nikmat Alalh.Lalu kita diberi keputusan yang rendah supaya kita lebih lunak berdoa memohon pertolongannya..Dengan ini, kita tidak akan terpesong sama sekali dari jalan kebenaran..
0 comments:
Post a Comment