
Ya Allah..
Kadang-kadang ku rasa malu meminta-minta kepadaMu,
Kerna aku hamba yang banyak melakukan dosa,
Hamba kerdil yang degil,angkuh,
Hakikatnya lemah, namun....
Terkadang aku sebenarnya HANYUT,
Hanyut dek dunia yang penuh dengan cabaran dan kelazatan,
Lalu kau datangkan musibah, kau datangkan ujian,
Supaya aku kembali kepada fitrahku,
Hakikat seorang insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
Ya Allah..
Terima kasih atas segala-galanya,
Aku malu untuk melafazkan kalimah Alhamdulillah,
Kerana kalimah itu satu perlambangan kupanjatkan rasa syukurku,
Namun...masih ku meminta-minta,
Menanti bilakah tibanya hajatku tertunai,
Tanapa aku sendiri mahu untuk berusha..
Maka Ya Allah...
Jadikanlah hari ini PERMULAAN kepada usahaku yang baru...
Sajak ini bukanlah mahu memutuskan pengharapan anda untuk meminta pertolongan Allah,
namun ianya adalah satu muhasabah untuk anda kembali merenung sejauh manakah usaha anda dalam berjihad,
Teruskan berdoa kerana doa itu juga usaha, di samping berusaha memperhebat penguasaan kita terhadap bidang yang kita ceburi.
Sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yang tidak henti meletakkan harapan kepadaNya.
InnAllah ha ma'ana...
Kepada mahsiswa dan mahasiswi yang sudi melawati blog ini,
Sukacita kami di pihak PKPIMUKM ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan,
Lakukan yang terbaik, dan jangan begitu cepat putus asa,
Kerna hakikatnya, kita masih punya masa,
Lalu rebutlah peluang yang ada.
Renung-renungkan dan selamat beramal
-Hidup biar berjasa-

