Sunday, May 9, 2010

NASIHAT RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w telah member tips kepada kita untuik menjadi seorang muslim yang sejati. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Jagalah dirimu daripada perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling ‘abid’ dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mukmin yang sebenar dan cintailah kepada orang lain seperti anda mencintai diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati”. (Riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis diatas terdapat bebrapa garis panduan akhlak muslim yang perlu hayati dan laksanakan dalam kehidupan harian:

1.menjauhi perkara-perkara yang diharamkan.

-seorang muslim perlu berusaha menghindarkan diri daripada perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan,minuman,perbuatan dan sebagainya.

2.redha dengan rezki pemberian Allah.

-sebagai seorang muslim,sifat syukur dengan apa yang ada wajib ditanam didalam hati supaya menjadi insan sempurna dan redha dengan rezki pemberian Allah.

3.hubungan baik dengan jiran.

-berhubung baik dan mesra dengan jiran selaku manusia yang hampir dengan kita akan menjadikan hidup seseorang muslim itu menjadi tenteram.

4.cintakan orang lain melebihi diri sendiri.

-sempurnya iman seseorang itu dengan mencintai saudaranya melebihi menyintai diri sendiri.menyintai saudara kita yang lain akan menambah perasaan kasih sayang yang mendalam serta melahirkan sifat tolong-menolong dan sebagainya.

5.jangan banyak ketawa.

-ketawa yang berlebihan boleh membuatkan hati kita mati.terlalu banyak ketawa jiwa seseorang itu tidak serius melakukan pekerjaan baik pekerjaan untuk dunia atau amalan akhirat kelak.mereka yang banyak ketawa di dunia akan menangis di akhirat dan mereka yang menangis di dunia akan ketawa di akhirat.

0 comments:

Post a Comment

sayangi bahasa kita

sayangi bahasa kita