- Iblis juga dibuang ke dunia daripada syurga kerana sifat kibir (sombong) ini dan mempertahankan egonya melebihi mematuhi perintah Allah.
- Kibir (sombong) ini diibaratkan sebagai selendang Allah kerana hanya Allah yang layak memiliki sifat ini, bukan manusia yang bersifat sebagai hamba. Jika manusia memiliki sifat ini dalam hati mereka, nerakalah tempatnya.
- Imam Ghazali pernah berkata; 'sifat kibir (sombong) ini ibarat seperti semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada waktu malam yang gelap'. Ini bermakna sifat kibir (sombong) ini sukar untuk dikesan. Ia merupakan sifat yang sukar dibuang ketika seseorang melakukan pembersihan jiwa. Dengan erti kata lain sifat ini merupakan sifat terakhir sekali yang keluar daripada hati manusia.
- Antara sifat-sifat kibir (sombong) yang ada kita lakukan seharian. Mari kita selidik:
1. payah untuk terima pandangan orang lain sedangkan hati sendiri mengakui bahawa pandangan yang diberi adalah lebih baik daripada pandangannya sendiri.
2. mudah marah atau emosional.
3. memilih-milih kawan, hanya berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya sahaja yang menuruti apa yang diperkatakannya.
4. memandang hina golongan bawahan.
5. dalam perbahasan atau perbincangan, suka menguatkan suara melebihi daripada apa yang diperlukan.
6. didalam pergaulan pula, suka apabila kata-katanya diikuti dan dituruti serta diberi perhatian tetapi tidak suka mengikut kata-kata orang lain.
7. didalam pergaulan, dia suka memborong kata-katanya seorang dan gemar memotong kata-kata daripada orang lain, tidak memberi peluang orang lai untuk berucap.
8. jika dia menjadi pemimpin, dia akan memimpin dengan kekerasan dan kasar, keputusan yang tidak bertimbang rasa. Jika jadi pengikut, dia adalah pengikut yang keras kepala.
9. susah untuk memberi maaf kepada orang yang melakukan kesilapan kepadanya walaupun sedikit, malah ditengking-tengking dan dibelakang orang itu diumpat-umpatnya.
10. jika dia pula yang melakukan kesalahan, susah untuk dia meminta maaf, tidak mahu mengaku kesilapannya bahkan mempertahankan kesalahan yang dilakukannya.
11. suka diri dihormati dan akan rasa tersinggung jika dirinya tidak dihormati tetapi dirinya pula payah hendak menghormati orang lain.
12. mudah berdendam terutama jika seseorang tersilap padanya walaupun sedikit.
13. suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau halus.
14. kurang mesra dengan orang tetapi hanya bersikap mesra ada orang apabila ada kepentingan tersendiri atau takut pada seseorang itu.
15. suka mengata perihal buruk orang lain, mengumpat.
16. tidak hargai dan tidak hormati pemberian orang lain kepadanya.
17. suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri sendiri.
18. suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang dihadapan orang lain.
19. kurang mensyukuri ni'mat Allah, suka membazir terutama lebihan makanan suka dibuang.
20. jika dia berdiri, suka bercekak pinggang, jika bercakap, suka menghentak meja dan mencemik muka, jika berjalan, suka menghentak kaki dan membusungkan dadanya.
21. kurang suka menolong orang lain melainkan jika ada faedah yang boleh diperoleh daripada orang yang ditolongnya itu.
22. kurang suka menjadi tetamu dan tidak suka menerima tetamu.
23. tidak suka menyebut dan memuji kelebihan orang lain.
24. kesalahan-kesalahan orang lain diperbesar-besarkan tetapi kesalahan diri sendiri cuba ditutupi dan disoroki malah mempertahankan bahawa diri tidak bersalah.
25. sangat tidak senang dengan kelebihan dan kejayaan orang lain.
26. rasa tersinggung jika ada orang lain yang memuji diri orang lain dihadapan dirinya.
Senarai diatas menunjukkan perbuatan kibir (sombong) yang kita lakukan sehari-harian. Jadi marilah kita sama-sama koreksi dan mujahadah hati kita sama ada adakah kita pernah cuba untuk membuang sifat kibir (sombong) yang ada dalam hati kita. Jika kita mati dalam keadaan cuba membuang sifat ini, Insya Allah, Allah akan memberi pertimbangan yang baik untuk kita.
Rasulullah pernah bersabda; 'jika seseorang anak Adam itu mati dengan membawa sifat sombong sebesar biji sawi, maka nerakalah tempat bagi dirinya'
Nauzubillahiminzalik...
0 comments:
Post a Comment