dipetik daripada pkpim.net
Kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia akan sekali lagi diraikan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat. Di peringkat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kehadiran bulan Ramadhan tahun 1431H ini sekali lagi tepat dengan suasana dan keadaan semasa. Kesempatan untuk berpesta ibadah, untuk melakukan muhasabah, membersihkan jiwa serta mendidik diri perlu dimanfaatkan oleh seluruh ahli PKPIM yang baru sahaja selesai melaksanakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) yang ke-49.
Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sekali lagi akan mengadakan program tradisinya dalam bulan Ramadhan yakni Majlis Iftar Mahabbah (MIFTAH). Peluang untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadhan, mengukuhkan ukhuwwah sebagai elemen penting dalam gerakan ini, serta bersama-sama melaksanakan ibadah secara berjemaah adalah kesempatan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Selain daripada itu, peluang untuk melakukan pendidikan dan pembaikan diri sempena bulan Ramadhan ini juga tidak harus dilepaskan.
Justeru, bagi sambutan MIFTAH 1431H ini, PKPIM mengambil kesempatan yang sangat baik ini bagi mengeratkan lagi ukhuwwah, serta memperkukuh kesatuan hati, fikir dan tindakan para ahli. Di samping ibadah-ibadah khusus yang biasa dilakukan dalam bulan Ramadhan, MIFTAH 1431H ini juga akan memberikan penekanan kepada pengisian-pengisian yang fundamental dan penting tentang hal-hal gerakan (harakiyyah) dan da’wah.
TENTATIF PROGRAM
Sabtu, 21.8.2010 (11 Ramadhan 1431H)
8.30 pagi Pendaftaran Peserta
10.00 pagi Taklimat program
11.00 pagi Pengisian MIFTAH 1:
“Kepentingan Pembudayaan Ilmu Dalam Diri Pendakwah dan Gerakan Dakwah”. Oleh: Saudara Hilmi Ramli, Exco Penerangan ABIM / Mantan Presiden PKPIM
12.30 t/hari Rehat
12.45 petang Tadarus Al-Qur’an
1.30 petang Solat Zohor
2.30 petang Pengisian MIFTAH 2
4.00 petang Tadarus Al-Qur’an, Solat Asar, Bacaan Wirid Al-Ma’thurat (Al-Wazifah Al-Kubra)
6.00 petang Rehat dan Urus Diri
7.30 petang Iftar Jamaie (PKPIM-ABIM-WADAH), Solat Maghrib
8.30 malam Solat Isya’
Solat Sunat Tarawikh
10.00 malam Kuliah Ramadhan Oleh: Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
11.30 malam Rehat
Ahad, 22.8.2010 (12 Ramadhan 1431H)
4.30 pagi Qiyamullail
5.00 pagi Sahur
5.50 pagi Solat Subuh & Bacaan Wirid Al-Ma’thurat
Kuliah Subuh Oleh: Saudara Abu Qossim Noor Azmi, Setiausaha Agung PKPIM
7.15 pagi Urus Diri
9.00 pagi Sesi Menghadam Ucapan Dasar Presiden PKPIM 2009/2010
10.30 pagi Majlis Penutupan (Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz), Presiden PKPIM 2010/2011
11.15 pagi Bersurai
dipetik daripada pkpim.net
0 comments:
Post a Comment