Sumpah dalam masjid tak pengaruhi kes mahkamah
Akhir-akhir ini sumpah menjadi topic pertelagahan kerana terlalu banyak diperkatakan mengenai sumpah termasuk statusnya, sah dan tidak. Timbul kenyataan sumpah itu tidak sah atau sumpah itu sah kerana dibuat dengan kerelaan hati.
Asal sumpah dalam syariat Islam untuk dua keadaan. Pertama, kebiasaan bagi menguatkan hujah kerana makna sumpah itu sendiri ialah ‘al-quyyah’ iaitu penegasan spaya orang percaya dan sebab itu smpah dibuat dengan menggunakan nama Allah.
Sumpah kedua dari sudut perundangan dilakukan dalam mahkamah sama ada oleh saksi, orang yang menuntut (plaintif) atau pihak yang kena tuntut (defendan). Kini ada dua sumpah popular iaitu sumpah mubahalah dan sumpah mula’anah.
Penolong Profesor Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Unversiti Islam Antaraangsa Malaysia (UIAM) , Dr Zulfakar Ramlee, berkata, sumpah mubahalah lebih kepada ingin membuktikan kebenaran tanpa meggunakan prosedur biasa iaitu perbicaraan di mahkamah.
Justeru,katanya dalam konteks membabitkan tuduhan jenayah kecuali dalam konteks ‘li’an, sumpah tidak sesuai kerana setiap dakwaan perlu ada keterangan dan mahkamah akan menentukan sesuatu dakwaan itu selepas melihat kepada keterangan (bukti)
“maknanya, jika ada tuduhan atau dakwaan, kena ikut saluran yang betul iaitu pergi mahkamah. Islam ada undang-undan, setiap pertuduhan perlu disking dengan bukti.Setiap dakwaan perlu ada keterangan dan mahkamah akan menentukan berdasarkan keterangan.
Oleh itu, sumpah tidak menyelesaikan kes jenayah kerana hakim dalam membuat keputusan akan melihat atau bersandarkan kepada keterangan (bukti) tetapi bagi kes selain jenayah, hakim boleh meminta pihak dalam pertikaian supaya bersumpah.
Zulfakar berkata, dalam konteks sekarang, seolah-olah sumpah yang diabil walaupun di dalam masjid sudah bercampur baur antara sumpah mubahalah dan sumpah mula’anah. Lebih memeningkan jika sumpa itu turut melibatkan orang ketiga.
Sumpah mubahalah seperti disebut dalam ayat 61, surah al-Imran, memerlukan kedua-dua belah pihak yang berbalah untuk sama-sama bersumpah iaitu yang mana di akhir sumpah kedua-duanya mengaku jika mereka tidak benar, azab Allah akan menimpa mereka. Sumpah ini tiada kaitan dengan dakwaan jenayah.
Sementara sumpah mula’anah yang diperuntukkan dalam surah al-Nur ayat 6 hingga 9 pula hanya untuk kes suami menuduh isteri berzina atau suami menafikan kandungan isteri tetapi tidak mampu mengemukkakan empat saksi.
Dalam kes jenayah, pendakwaan boleh diteruskan walaupun pihak tertuduh bersumpah atau tidak kerana hukuman bergantung daripada keterangan
Masyarakat harus sedar bahawa sumpah bukan perkara yang main-main kerana sumpah adalah menggunakan nama Allah yang suci, sesiapa yang main-main dengan sumpah, hukumannya amat berat,apa lagi jika disebabkan sumpah itu dia mendapat hak orang lain secara salah kerana ada hadis yang menegaskan bahawa Allah mengharamkan syurga kepadanya dan mewajibkan neraka. Orang yang faham akan kesan sumpah ini, dia akan faham baik buruknya.
Pihak yang menuduh atau saksi yang ingin membuat lapora mereka tidak boleh dihalang jika tujuannya menegak perkara akruf dan mengekang kemungkaran tetapi syaratnya hendaklah dilakukan mengikut saluran yang betul
0 comments:
Post a Comment